Friday, December 10, 2010

Kerana Pendiam, Afgan Pilih Watak Agresif

PENYANYI Indonesia, Afgan sememangnya dikenali sebagai seorang yang pendiam.

Oleh itu dia memilih untuk melakonkan watak seorang lelaki yang agrasif dan banyak cakap.

“Saya sangat teringin untuk bawa watak yang bukan pendiam, aktif, gila-gila dan cerewet. Ia sangat bertentangan dengan karekter saya," ujar Afgan.

Biarpun popular sebagai penyanyi, artis ini mengakui semakin menyukai bidang lakonan. “Saya terima tawaran berlakon kerana saya jatuh cinta dengan watak dan jalan cerita filem tersebut. Lebih mengembirakan bila lakonan saya diterima oleh peminat dan penonton.

“Saya masih mengutamakan bidang nyanyian, namun jika ditawarkan untuk berlakon dan mendapat watak yang baik, apa salahnya saya mencuba,” ujarnya.

Bagaimanapun Afgan mengakui masih mempelajari secara mendalam bidang lakonan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: