![]() |
| KAMARUZZAMAN |
JOHOR BAHRU - Naib Presiden Kanan Kewangan dan Khidmat Korporat Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp berkuat kuasa 1 Disember lalu.
Pelantikan beliau dibuat setelah lebih tiga bulan memangku kekosongan ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada 12 Julai lalu.
Pelantikan tersebut telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah JCorp yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada satu mesyuarat di sini semalam.
Abdul Ghani, yang juga Pengerusi JCorp, semasa mengumumkan pelantikan itu berkata, pelantikan Kamaruzzaman telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Dengan pelantikan itu, maka terjawablah tanda tanya siapa yang akan menerajui JCorp, satu-satunya syarikat milik kerajaan negeri yang menunjukkan pencapaian membanggakan di dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) di sini semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: