Saturday, December 4, 2010

Balu Shamrin Lahirkan Bayi Lelaki

Shamrin meninggal pada 11 November lalu.

PETALING JAYA: Balu penyanyi Shamrin (Fotograf) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Akmal Shamrin pada 1 Disember lalu di Hospital Serdang.

Jazriatul Akma Abu Saman selamat melahirkan anaknya yang ketiga di Hospital Serdang pada 1 Disember lalu.

Semasa majlis pengebumian Shamrin pada 12 November lalu, Jazriatul Akma Abu Saman,29, sempat memberitahu, dia akan menamakan anak ketiganya itu dengan nama Shamrin sempena nama arwah suaminya.

Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada 11 November lalu setelah rebah di padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan Allahhyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

Hasil perkahwinan dengan Jazriatul, mereka turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Akmal Danish,5 dan Akmal Shamim, 18 bulan.

Selain itu, Shamrin turut mempunyai seorang lagi anak bernama Siti Najwa,17, hasil perkahwinan pertamanya.

1 comment:

  1. Al Fateha buat Arwah Shamrin. Semoga roh mu dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama Kekasih-Kekasih-Nya. Amin Ya robbal Allamin...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: