SERDANG – Ayam serama Malaysia iaitu spesies ayam terkecil di dunia itu bakal bergelar ikon unggas warisan negara pada tahun depan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, ayam serama berpotensi tinggi untuk pasaran antarabangsa sehingga mampu mencecah harga RM20,000 bagi jenis terbaik.
“Kita sedang mempergiatkan promosi ayam serama ini sebagai satu bidang baru dalam model ekonomi baru agar masyarakat lebih mendekati dan mengetahui potensi yang mampu dimanfaatkan daripada ayam serama ini.
“Dalam kementerian saya juga, bantuan boleh diperoleh melalui Skim Pembangunan Desa untuk membantu mereka yang berminat mengkomersialkan ayam serama,” katanya pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2010 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: