KUALA LUMPUR – Sambutan baik terhadap dana pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mendorong badan amanah persendirian itu menyediakan dana baru berjumlah RM1.5 bilion tahun depan.
Pengarah Urusan AIM, Zabidah Ismail berkata, pihaknya berharap lebih ramai rakyat miskin mengambil peluang untuk memulakan perniagaan dan meningkatkan pendapatan.
“Sejak ditubuhkan pada 1987, kami sudah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM4.53 bilion,’’ katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usaha Sama Strategik di antara AIM dan Bank Islam Malaysia Berhad di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: