Monday, November 22, 2010

Rakyat Britain mahu William berbanding Charles


PUTERA WILLIAM dan tunangnya, Kate Middleton.


LONDON - Dua tinjauan pendapat yang diadakan pada hujung minggu lalu menunjukkan bahawa rakyat Britain mahu pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan tunangnya, Kate Middleton menjadi Raja dan Ratu Britain.

Rakyat Britain itu tidak mahu bapa Putera William, Putera Charles menjadi pengganti ratu Elizabeth II sebagai pemerintah Britain.

Menurut tinjauan pendapat itu, mereka juga tidak mahu menerima isteri Putera Carles, Camilla sebagai Permaisuri Britain.

Tinjauan pendapat ICM yang disiarkan oleh akhbar News of the World menunjukkan 64 peratus rakyat mahu Putera Wiliam dan pasangannya menduduki takhta.

Sementara itu, tinjauan pendapat YouGov yang disiarkan oleh akhbar Sunday Times pula mendapati majoriti rakyat Britain berpendapat Putera William akan menjadi Raja yang lebih baik berbanding ayahandanya, Charles.

Charles yang berusia 62 tahun dilihat menjadi pewaris takhta pertama selepas ibunya, Ratu Elizabeth II berusia 84 tahun.

Ratu Elizabeth II merupakan pemegang takhta kedua paling lama dalam institusi beraja di dunia selepas Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan pentadbiran demokrasi berparlimen, rakyat Britain tidak mempunyai hak untuk menetapkan siapa yang akan menjadi raja atau Permaisuri mereka.

Tinjauan YouGov menunjukkan 44 peratus rakyat berpendapat Charles harus memberi laluan kepada anakandanya menjadi raja, manakala 37 peratus berpendapat sebaliknya.

Tinjauan-tinjauan pendapat itu disiarkan selepas Putera Charles menyatakan Camilla akan menjadi permaisuri jika beliau diisytiharkan sebagai raja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: