BEKAS anggota kumpulan Ratu, Maia Estianty yang juga bekas isteri kepada vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani seringkali menjadi simbol kemewahan dan ikutan remaja Indonesia.
Dia terkenal dengan mengayakan beg tangan berjenama mahal yang sukar untuk dimiliki oleh orang biasa.
Menurut Maia, dia gemar kepada koleksi jenama Hermes dan sudah memiliki empat buah beg jenama tersebut.
“Sebenarnya koleksi beg tangan saya tidak terlalu banyak. Tapi saya lebih suka jenama mewah seperti Hermes. Saya memiliki empat buah beg tangan dari jenama tersebut. Biasanya saya beli jenama tersebut di Hong Kong,”.
“Biasanya beg tangan jenama mahal tersebut dibeli jika ada rezeki lebih,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Jenama Hermes bagi pencinta fesyen bukan jenama biasa, ia adalah simbol sosial dan kemewahan dikalangan artis dunia.
Tambah Maia lagi, tabiat mengumpul koleksi beg tangan tersebut menjadikan dia lebih berusaha gigih mencari rezeki.
“Buat masa ini saya sudah memesan sebuah lagi beg bagi menambah koleksi yang ada. Kalau boleh saya mahu dari pelbagai jenis dan warna. Hobi ini juga buat saya lebih kuat mencari rezeki,” katanya.
Bukan sahaja beg tangan, Maia juga mengumpul kasut tumit tinggi dari koleksi berjenama seperti Cristion Louboutin, Jimmy Choo, Louis Vuitton, DnG, dan Manolo Blahnik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: