Friday, November 19, 2010

FRIM Tapak Warisan UNESCO 2015


KAKITANGAN FRIM, Hazli Abdul Rahim (kiri) dan Azmarizawati Zainal Azhar menunjukkan buku FRIM Tapak Warisan Semula Jadi di Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KEPONG – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) meletakkan sasaran untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selewat-lewatnya menjelang tahun 2015.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, pihaknya yakin pengiktirafan itu berjaya dicapai kerana FRIM sudah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2009.

“Usaha untuk mendapatkan status FRIM sebagai tapak warisan telah dimulakan pada tahun 2008 dan akhirnya telah diperoleh pada 10 Februari 2009 dan kini kami menyasarkan agar FRIM diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO menjelang tahun 2015 pula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan FRIM sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: