Tuesday, November 16, 2010

2 sahabat korban Lubuk Culah


INILAH Lubuk Culah yang meragut nyawa dua budak lelaki ketika mereka mandi-manda di Kampung Guar Gajah, Arau semalam.


ARAU - Kegembiraan tujuh kanak-kanak sekampung mandi-manda sambil memukat ikan di Lubuk Culah berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas di dalam lubuk tersebut di Kampung Guar Gajah di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, lima kanak-kanak hanya mampu menyaksikan dua rakan mereka, Haswandi Mohd. Yusoff, 14 dan Ahmad Iqham Azizi, 9, tenggelam di dalam lubuk berkenaan.

Menurut seorang daripada mereka, Azrul Amri, 11, kedua-dua rakannya itu cuba ditarik keluar oleh abang Haswandi, Hasfizul Mohd. Yusoff, 21, yang berada berhampiran lubuk tersebut tetapi gagal.

"Sebelum kejadian, saya melihat Haswandi bersama seorang rakan turun ke lubuk tersebut untuk memasang pukat.

"Tiba-tiba Haswandi tenggelam dan Ahmad Iqham yang berada dekat situ cuba menyelamatkannya tetapi kedua-dua mereka akhirnya hilang ditelan air," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: