Sunday, October 17, 2010

Waran tangkap untuk Sean Connery




COSTA DEL SOL, Sepanyol - Bekas bintang James Bond, Sean Connery (gambar) gagal hadir di mahkamah seperti diperintahkan oleh seorang hakim yang menyiasat satu pertikaian perjanjian hartanah dikenali sebagai Kes Goldfinger, lapor sebuah akhbar semalam.

Connery, 80, sepatutnya hadir di sebuah mahkamah di sini, untuk menjawab soalan berhubung pertikaian tersebut kelmarin.

Dalam faks yang dihantar ke mahkamah berkenaan, bekas ejen 007 itu memberitahu, usia lanjut menyukarkannya untuk melakukan perjalanan jauh dari kediamannya di Bahamas, Amerika Syarikat (AS) bagi kes tersebut.

"Mahkamah masih menimbangkan langkah seterusnya. Waran tangkap antarabangsa mungkin dikeluarkan atau hakim akan membuat permohonan rasmi untuk menyoal Connery di Bahamas," kata seorang jurucakap mahkamah.

Kes berkenaan berkaitan penjualan vila tepi laut milik Connery di sini pada 1995 bagi membuka laluan untuk membina 70 buah flat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: