
Kenderaan yang dipandu Song Jin Wong, 23, itu remuk teruk kerana dihempap bas Ekspres Delima yang terbabas lalu melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Ibarat mati hidup semula, ternyata hayat Jin Wong masih panjang kerana dia mengalami kecederaan pada tangan kiri dan leher selain patah tulang belakang.
Namun teman wanitanya, Kok Sue San, 24, mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan rapi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), dekat sini.
Jin Wong yang baru pulang ke tanahair selepas menamatkan pengajian di United Kingdom berkata, mungkin ramai menyangka kami maut dalam insiden ngeri itu kerana kereta kami remuk teruk.
"Mungkin tuah menyebelahi kami berdua walaupun sedikit kesal kerana kecederaan akibat kemalangan ini menyukarkan peluang saya untuk mendapat pekerjaan,” katanya.
Mengimbas kembali detik sebelum kemalangan, Jin Wong berkata, dia tidak mengingati kerana kejadian berlaku cukup pantas.
"Saya hanya dapat mengingati sebuah bas hilang kawalan sebelum terbabas dan melambung memasuki laluan kereta kami,” katanya.
Pada masa yang sama dia kesal kerana setakat semalam masih belum ada wakil syarikat Ekspres Delima yang datang melawatnya di HTJ.
"Sepatutnya pihak pengurusan syarikat bersikap lebih prihatin dan datang melihat keadaan mangsa yang menerima rawatan di hospital ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: