Tuesday, October 5, 2010

Tiga produk Islamik dilancar


DARI KANAN, Mohd. Khuzaini, Mohamad Nasip dan Baharom meninjau operasi cawangan terbaru Bank Rakyat di Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KEPONG - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dijangka memperkenalkan tiga lagi produk Islamik baru menjelang awal tahun hadapan.

Penolong Pengurus Besar Operasi Cawangan Bank Rakyat, Baharom Embi berkata, dua daripada produk tersebut iaitu akaun semasa dan pertukaran mata wang asing sudah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun, menurut beliau, produk ketiganya yang akan dikenali sebagai akaun emas masih lagi dalam proses kajian serta sedang menunggu kelulusan daripada bank pusat.

"Dengan pengenalan produk akaun semasa dan pertukaran mata wang asing itu, Bank Rakyat kini memiliki produk perbankan yang lengkap untuk ditawarkan kepada pelanggannya.

"Sebelum dua produk ini dilancarkan kepada umum awal tahun depan, kami kini dalam proses untuk melengkapkan infrastruktur, sistem dan menjalankan beberapa ujian terhadap kedua-dua produk itu," katanya selepas pelancaran premis terbaru Bank Rakyat cawangan Kepong dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: