![]() |
| LUNA MAYA |
NAMA Luna Maya terus panas meskipun dia mengambil keputusan untuk berdiam diri buat masa ini.
Namun, ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Luna Maya dan menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi maklumat palsu.
"Artis Luna Maya memberi kredit panggilan sebagai tanda maafnya kepada rakyat Indonesia. Ini berikutan video panasnya dengan Ariel Peterpan.
"Dia kini bekerjasama dengan semua operator telefon. Sebarkan SMS ini kepada 16 orang dan kredit panggilan akan terisi sebanyak RP50,000 (RM20).
"Serius kerana saya sudah mengirim kepada 16 orang dan kredit saya meningkat RP50,000. Buktikan," demikian isi SMS yang disebarkan tersebut.
Tidak tahu apakah tujuan pengirim tersebut menggunakan nama pelakon dan pengacara terkenal tersebut. Peguam Luna, Aga Khan menafikan SMS tersebut dan menganggap insiden itu dilakukan untuk menjatuhkan Luna Maya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: