SELEBRITI Amerika Syarikat, Paris Hilton (gambar) berasa tajut selepas seorang lelaki asing menceroboh rumahnya secara diam-diam.
Dia lebih trauma apabila mengenangkan dalam tempoh tiga bulan sudah dua kali rumahnya dimasuki lelaki asing.
Insiden pertama berlaku pada akhir Ogos lalu. Saat itu seorang lelaki bersama sebilah pisau memasuki rumah Paris di kawasan Mulholland Estates, Beverly Hills, Los Angeles.
Penceroboh itu berusaha memasuki rumah tersebut dengan mencungkil tingkap. Bagaimanapun, tindakannya itu berjaya dikesan.
Pada Selasa lalu, kejadian serupa nyaris berulang. Kali ini lelaki tersebut berusaha memecah masuk melalui salah satu pintu di rumah Paris.
Menurut Reuters, Rabu, ketika ditangkap oleh pihak berkuasa, sedikit pergaduhan kecil berlaku. Namun akhirnya ia berjaya dileraikan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: