Wednesday, October 13, 2010

Rita selar penyebar fitnah! Nafi sudah bercerai dengan Aidil

“Saya berdoa kepada semua pihak yang suka buat fitnah, jaja cerita buruk tentang saya akan insaf dan bertaubat. Itu sahaja komen saya,” kata Rita Rudani,34, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung khabar angin yang mendakwa dia sudah bercerai dengan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 23.

Rita menjelaskan, dia dan Adil tidak ada sebarang masalah dan masih lagi suami isteri yang sah.

“Ini bukan masalah rumah tangga kami. Tapi hal ini adalah hal saya difitnah oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Saya tak nak komen lebih-lebih lagi tentang perkara ini,” kata Rita.

Isu rumah tangga Rita dan pemain bola sepak kebangsaan itu mula menjadi perhatian apabila kakak Aidil Ruzie Abd Razak mendakwa Rita masih belum memaafkan keluarganya dan enggan berbaik. Malah turut mendakwa adiknya, sudah lama tidak pulang ke rumah Rita.

Tidak mahu terus berdiam diri, Rita, tampil membuat kenyataan di sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) bagi membela dirinya. Dalam pada itu, pelakon jelita ini turut mengakui Aidil tidak pulang ke rumah sejak lebih sebulan lalu, malah tidak berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama.

Tidak terhenti setakat itu, bapa mentuanya, Abdul Radzak, 61, pula membuat kenyataan dan menafikan ada campur tangan dalam rumah tangga Rita dan Aidil. Sebaliknya menyerahkan semua itu kepada Aidil untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Aidil sehingga kini belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan tentang pergolakan rumah tangganya. Dan difahamkan sedang terlalu sibuk dengan latihan bola sepak.

Namun yang pasti perkahwinan mereka pernah mendapat tentangan awal daripada keluarga Aidil dan kerana itulah pasangan ini terpaksa bernikah di Songkhla, Thailand, pada pertengahan Februari 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata, Airit Rayyan Rizkin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: