![]() |
| |
BLACKPOOL - Seorang remaja, Oliver Drage (gambar) berusia 19 tahun dipenjara empat bulan kerana enggan memberitahu polis kata laluan komputer miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dipenjarakan di bawah peruntukan kuasa yang pada asalnya digunakan untuk memerangi pengganas.
Sehingga kini, kata laluannya masih belum dapat dicari oleh anggota-anggota polis walaupun 17 bulan selepas komputer miliknya dirampas.
Kata laluan milik remaja itu mempunyai 50 ciri.
Pakar-pakar menyatakan, kata laluan rahsia kini menjadi semakin canggih kerana ia kini digabung dengan grafik dan gambar.
Remaja itu yang tidak disabitkan dengan kesalahan lain ditangkap pada Mei lalu selepas polis melakukan siasatan berhubung satu rangkaian mengeksploitasi kanak-kanak di rumahnya dekat sini.
Drage disabitkan kesalahan enggan mendedahkan kata laluan 15 minit setelah dia dihadapkan ke sebuah mahkamah.
Sabitan itu menyebabkan dia perlu dihantar ke sebuah institusi pesalah muda selama 16 minggu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: