|
|
BERUSIA 24 tahun, Rayna atau nama penuhnya Siti Raihana Mohd. Noor tidak menyangka dirinya terpilih sebagai finalis Pencarian One Drop, Citra Wanita/ Mingguan Malaysia.
“Saya pernah mencuba beberapa pertandingan seumpama ini. Namun belum ada rezeki, tak sangka pula kali ini terpilih,” kata Eksekutif Komunikasi sebuah syarikat penerbangan itu.
Pada sesi bergambar petang itu, Rayna tampil anggun dengan gaun singkat biru miliknya.
Sepasang anting-anting, rantai leher dan gelang koleksi terkini Tomei bernilai lebih RM200,000 menyerlahkan lagi penampilannya.
Walaupun malu dan gementar, dia masih cuba memberi yang terbaik bagi menjayakan sesi kali ini.
Sementara seorang lagi finalis, Seri Syamsidatul Safrun Mohd. Thani atau Seri seorang yang mesra dan mudah didekati. Berusia 29 tahun, pendidik dari Bangi, Selangor itu sebenarnya berbakat dalam bidang tarian.
Tidak hairanlah Seri mampu beraksi spontan tanpa rasa gugup ketika menggayakan persalinan butik Najjah yang cukup menawan.
Warna merah jambu terang amat bersesuaian dengan empunya diri apatah lagi bila digandingkan bersama set mutiara Tomei yang bernilai lebih RM100,000.
“Tak sangka pula terpilih kerana saya menghantar penyertaan saat akhir. Apa pun, saya akan lakukan yang terbaik,” katanya penuh yakin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: