Friday, October 22, 2010

Pukul jurulatih, 4 anggota polis dijel


Tiga daripada empat anggota polis yang dihukum penjara, dari kiri, Abdul Aziz, Adi Sebi dan Helmi Hussanie di Mahkamah Majistret Seremban semalam.


SEREMBAN - Empat anggota polis dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas tuduhan mencederakan seorang jurulatih karate Indonesia di Nilai dekat sini pada tahun 2007.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Noralis Mat setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keempat-empat tertuduh.

Keempat-empat tertuduh ialah Lans Koperal Abdul Aziz Shamsudin, 42, Lans Koperal Adi Sebi, 35, Konstabel Mohd. Dzulhafiz Che Zainal Abidin, 23, dan Konstabel Helmi Hussanie Sukri, 22. Kesemua bertugas di Balai Polis Nilai.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencederakan Donald Peter Luther Kolopitha pada pukul 2 pagi 24 Ogos 2007 berhampiran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Donald ketika itu berkunjung ke negara ini bersama pasukan karate Indonesia. Dia juga merupakan seorang pengadil dalam Kejohanan Karate Asia Ke-8 yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: