Friday, October 15, 2010

Pembayar cukai dihiburkan dengan tarian


DUA pegawai pengutip cukai menari di depan pembayar cukai di pejabat Dewan Bandar Raya Cebu, Filipina kelmarin.


CEBU, Filipina - Rutin harian kakitangan-kakitangan pengutip cukai di dalam pejabat di sini yang menari di depan pembayar-pembayar cukai telah berjaya meningkatkan hasil kutipan.

Seramai 320 kakitangan menyertai rutin harian bergilir-gilir menari di depan pembayar cukai dengan mengikut irama lagu Waka Waka nyanyian Shakira, Earth Wind dan Boogie Wonderland.

Menurut seorang pegawai pengutip cukai, Ofelia Oliva, kutipan harian cukai tempatan meningkat sebanyak 42.8 peratus kepada AS$115,000 (RM354,430) sejak pelancaran rutin menari itu pada Isnin lalu.

Dia berkata, persembahan tarian itu dibuat atas arahan Datuk Bandar Cebu, Michael Rama.

Pakaian yang dipakai oleh pekerja-pekerja itu semasa menari adalah bertemakan keceriaan.

Persembahan tarian itu dilakukan pada waktu pagi dan tengah hari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: