Monday, October 11, 2010

Peguam editor majalah Playboy kritik mahkamah




JAKARTA - Seorang hakim telah melakukan kesilapan apabila beliau menggunakan kod jenayah berbanding undang-undang media apabila menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap bekas editor majalah Playboy Indonesia, Erwin Arnada (gambar), kata peguam editor itu.

Peguam itu, Todung Mulya Lubis mempertikaikan kelmarin keputusan itu dengan menyatakan hakim sepatungnya menggunakan undang-undang media sekali gus akan melindungi anak guamnya.

Erwin, 47, memulakan hukumannya kelmarin dalam kes yang telah menimbulkan kemarahan aktivis kebebasan di Indonesia yang mempunyai penduduk paling ramai beragama Islam di dunia.

Pada Ogos lepas, Mahkamah Agung telah mendapati Erwin bersalah di bawah kod jenayah kerana menyiarkan bahan lucah.

Peguamnya berkata, beliau akan menfailkan supaya keputusan itu dikaji semula sebagai langkah terakhir dalam proses undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: