KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memantau harga alat ganti kenderaan di negara ini termasuk produk bagi kereta nasional Proton yang dianggap mahal.
Hamim Samuri (BN-Ledang) ketika membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 di Dewan Rakyat semalam berkata, ia penting bagi memastikan golongan miskin dan berpendapatan sederhana tidak ditindas oleh peniaga.
Katanya, sebenarnya harga alat tersebut tidaklah mahal sangat.
"Mereka (pembekal) jual kepada bengkel dengan harga murah, tetapi bengkel menjualkannya dengan harga mahal kerana mereka telah menetapkan harga di peringkat awal lagi.
"Banyak peniaga menjual alat ganti kenderaan dengan harga mahal. Alat ganti yang dijual oleh Proton pun tinggi dan ini akan membebankan pengguna," katanya.
dah sah2 si Hamim Samuri ni tak pernah pakai Proton.....harga alat ganti Proton semmgnya mahal....cuba pergi Servis kereta di Pusat Service Proton....berdenggung harga alat ganti dah nak dekat dgn harga alat ganti kereta Jepun....
ReplyDelete