Tuesday, October 5, 2010

Padah jadi pengedar dadah


Isteri Pathmanathan tidak dapat menahan kesedihan selepas suaminya dijatuhi
hukuman gantung sampai mati.


GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua sahabat kerana mengedar dadah jenis heroin seberat 50.3 gram dan morfin seberat 7.4 gram tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Nurmala Salim membuat keputusan itu selepas mendapati P. Pathmanathan, 28, dan Bernard Louga Edward, 29, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Nurmala berkata, pembelaan yang dikemukakan kedua-dua tertuduh bersifat penafian semata-mata.

Selain itu, beliau berkata, mereka juga nampak seperti mereka-reka cerita supaya setiap keterangan yang diberikan sama dengan apa yang terkandung dalam fakta kes.

Mendengar keputusan itu, ahli keluarga kedua-dua tertuduh yang pada mulanya tenang di galeri awam terus meraung sambil memeluk mereka sebaik selesai prosiding.

Pathmanathan dan Bernard yang memakai baju sama iaitu kemeja putih dan seluar jean biru kelihatan murung sebelum kedua-duanya dilihat menangis sambil mencium isteri masing-masing. Pathmanathan juga dilihat memeluk dan mencium anaknya berkali-kali.

5 comments:

  1. menyesal dahulu pendapatan.. menyesal kemudian tiada gunanya..

    ReplyDelete
  2. tapi kalau dia bekelakuan baik selama dalam penjara.. adakah mereka akan meringankan hukuman?

    ReplyDelete
  3. kesian anak & isterinya.. terlajak perahu boleh di undur terlajak mengedar dadah ke tali gantunglah jawabnya..

    ReplyDelete
  4. ala cianye....xtw nk ckp pew...bnde dh nak jd xleh nak wat papew..

    ReplyDelete
  5. hukuman pnjre je x leh ke... xsnggup nk gntg org,bnuh org... eeeeeeeee kjm kjm kjm.. nthlah pape jela... sume yg brlaku adlh yg trbaik

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: