KUALA LUMPUR - Sebuah kereta mewah jenis Mercedes CLC 350 bernilai RM500,000 dikesan memiliki nombor casis yang sama dengan sebuah kenderaan yang didaftarkan di Jepun.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Mohd. Nadzri Osman berkata, perkara itu dikesan semasa pemeriksaan oleh Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom).
"Pengedar kereta itu ingin melakukan proses pendaftaran di Puspakom pada 24 Jun lepas tetapi tidak diluluskan kerana terdapat gangguan pada nombor casis dan berikutan itu JPJ diminta membuat pemeriksaan.
"Siasatan oleh Jabatan Kimia juga mendapati nombor casis lama kereta terbabit telah dikikis dan ditukar lima digit terakhirnya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: