|
|
SESUATU yang magis tentang menjadi seorang bapa adalah seseorang itu akan menjadi bertambah matang dan idea itulah yang dijadikan rujukan oleh vokalis Linkin Park, Chester Bennington apabila bercerita tentang album terbaru Linkin Park, A Thousands Suns yang terus dinobatkan juara carta album terlaris Billboard ketika ia dilancarkan pada awal bulan lepas.
Chester memberitahu Reuters, kebanyakan lagu dalam album itu menunjukkan kematangan di kalangan anggota Linkin Park.
“Dengan kelahiran album terbaru kami itu, kami telah menggunakan mikroskop terhadap diri kami sebelum mendedahkannya kepada dunia,” katanya merujuk kepada dirinya dan anggota Linkin Park yang lain seperti Mike Shinoda, Brad Delson, Dave ‘Phoenix’ Farrell, Joe Hahn dan Rob Bourdon.
“Kebanyakan daripada anggota Linkin Park sudah menjadi bapa, kami ada keluarga dan kami bertambah matang berbanding ketika mula-mula muncul dulu pada usia belasan tahun,” ujar Chester.
A Thousand Suns merupakan album ketiga Linkin Park dan selepas single pertama daripada album itu yang berjudul, The Catalyst dengan cepat meraih populariti, kini mereka melancarkan single kedua, Waiting for The End.
Menurut Chester, tidak seperti lagu-lagu lain, Waiting for The End mengandungi mesej ‘yang sangat menekan’. “Saya berasa semua orang boleh mengaitkan diri mereka dengan lagu itu terutama satu baris liriknya yang paling bermakna iaitu ‘Aku bergantung kepada apa yang aku tiada’ (‘I’m holding on to what I haven't got’),” ungkap Chester.
Tambahnya: “Saya percaya bahawa semua orang memiliki idea tentang apa yang mereka mahukan dalam mereka dan mereka berusaha sedaya-upaya untuk merealisasikannya.”
Chester yang memiliki empat orang anak lelaki dalam pada itu mengakui statusi seorang bapa menjadikan dirinya lebih prihatin dan terbuka memberikan pandangan tentang kehidupan dan dunia.
“Ketika muda dulu, saya gemar menghasilkan lagu yang sehingga boleh membuatkan sesiapa yang menghayatinya saling bertumbuk antara satu sama lain. Tetapi lagu-lagu saya sekarang ini lebih kepada mahu berbicara dengan mereka tentang pandangan saya terhadap dunia.
“Lagu hasil nukilan saya sendiri, The Messenger sebagai contohnya saya labelkan sebagai surat daripada saya untuk anak-anak saya, tentang betapa mereka menyayangi ibu bapa. Lagu-lagu sebegini, kalau 10 tahun dulu memang saya tidak selesa mengalunkannya, tetapi sekarang, ia sesuatu yang berbaloi,” akuinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: