|  “Labbaik Allahumma Labbaik,Labbaik laa syarikka laka labbaik, Innal haamda wanni’mata laka wal mulk Laa syariika laka" yang bermaksud "Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Ya Allah aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan kebesaran untuk-Mu semata-mata. Segenap kerajaan untuk-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu. Panggilan menunaikan Rukun Islam kelima sudah tiba. Hanya insan-insan yang terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah. Berjuta-juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berkumpul menyatakan pengabdian kepada Allah Yang Maha Besar. Namun amat jarang sekali bagi kita melihat dengan mata sendiri bagaimana perjuangan teman-teman yang bakal memegang gelaran Haji atau Hajah.
Astro Oasis mencipta sejaran apabila menjadi stesen televisyen pertama menyiarkan liputan harian selama 24 jam langsung dari Kota Suci. Khabar Haji musim kedua menyediakan liputan lebih terperinci antaranya sidang telefon jemaah haji di Tanah suci dengan kaum keluarga, menerokai aktiviti masyarakat setempat termasuk yang berasal dari Malaysia dan lokasi menarik seperti Kompleks Percetakan Quran Raja Fahd, kebun kurma Madinah dan banyak lagi.
Khabar Haji juga bakal merakamkan detik bersejarah persalinan Kelambu Kaabah ketika jemaah sedang berwukuf di Arafah. Penonton juga akan dibawa menikmati kemuncak ibadah haji iaitu Wukuf dan Melontar Jamrah bermula 9 hingga 11 Zulhijjah akan disiarkan secara langsung selama sejam dibawakan dari Arafah dan Mina.
"Pemilihan peserta Imam Muda, Aran dan Azhar sebagai pengacara serta penampilan khas Juara Imam Muda, Asyraf bertujuan menggalakkan golongan muda ke Tanah Suci. Naik haji selalunya sinonim dengan golongan berusia yang ingin kembali kepada Allah. "Namun di sini kami ingin dedahkan apa sebenarnya yang berlaku di Tanah Suci kerana ibadah haji sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak. Dan kalau boleh kami ingin membuka hati golongan muda ini agar mengerjakan haji tika usia muda dan masih banyak tenaga.
"Kita juga berpeluang melihat sanak saudara yang sedang mengerjakan haji di sana nanti. Dalam masa yang sama, tujuh orang krew yang terlibat turut sama berpeluang mengerjakan amal ibadah di sana," ujar Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar.
Program ini turut mendapat kerjasama dari Iqraa TV, Arab Saudi dan ini membolehkannya ditonton melalui saluran Iqraa TV dan juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV. Saksikan Khabar Haji bermula 7 November sehingga 21 November ini bermula jam 10.00 malam menerusi saluran Astro Oasis (106). |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: