Tuesday, October 19, 2010

Kerana Terluka diberi nafas baru

pix_middle
TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya.
TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya.

RAMAI wartawan me�ngenali Noorul Huda Abdul Wahab atau Nurul sebagai seorang yang bersikap terbuka untuk membicarakan apa saja termasuk topik peribadi.

Baginya, kalau benar dilamun cinta tidak salah berkongsi kebahagiaan itu kepada umum daripada berdolak-dalih dan menyembunyikan kebenaran.

Namun kata pemegang status janda ini, dia ingin juga lebih cerita mengenai kerjaya seninya diketengahkan kerana ia berkaitan dengan periuk nasinya.Kalau sah saya ada hubungan yang serius dengan sesiapa, saya tidak keberatan untuk bercerita kepada wartawan, tapi sekarang saya memang mahu elak daripada memperkatakan sangat me�ngenai kisah peribadi kerana belajar daripada pengalaman lalu.

“Terus-terang, sikap keterbukaan saya ini adakalanya menyebabkan kisah kerjaya saya jarang diberikan fokus. Sebagai individu yang mencari rezeki dalam bidang seni, pencapaian karier saya tentulah perkara utama yang perlu diketahui umum. Kalau balik-balik cerita mengenai teman lelaki dan status, orang juga akan nak muak,” katanya.

Seperti seadanya, Nurul berkata, dia mahu berfikiran positif dan sedang rancak merangka promosi untuk lagu Kerana Terluka.

Lagu inilah yang mula-mula sekali memperkenalkan namanya di persada seni suara kira-kira 15 tahun lalu.

“Sejak dulu lagu ini tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album kompilasi selain album solo pertama saya. Saya merakamkan semula lagu ini atas permintaan peminat.

“Kebetulan saya sudah saja melantik pengurus baru dalam NHW Productions bersama kakitangan baru, justeru, kemunculan single Kerana Terluka pada saat ini memang tepat pada masa�nya,” kata Nurul.

Menyambung perbualan, susunan Kerana Terluka sudah itu disuntik nafas baru dengan memasukkan elemen orkestra, sekali gus menjadikannya lebih hebat.
Pendek kata, dari segi muzik dan vokal, Kerana Terluka versi terbaru ini lebih baik.

“Maklum sajalah, masa pertama kali saya merakam�kan lagu ini saya belum berpengalaman luas dalam aspek nyanyian. Tapi sejak beberapa tahun lalu saya mula mengikuti kelas vokal dan tambah seronok apabila dapat memanfaatkan teknik yang dipelajari itu ke dalam nyanyian sebenar.

“Ia lebih memberi kepuasan selain kita boleh mengekal�kan stamina ketika menjayakan persembahan yang panjang. Susunan untuk versi 2010 lebih menarik. Bukan bererti versi yang dulu tidak bagus, cuma yang sekarang lebih sesuai dengan masa kini.

“Jadi dalam menampilkan semula Kerana Terluka, Nurul mahukan sentuhan lebih segar dan memasukkan elemen orkestra untuk menjadikannya lebih ‘grand’,” katanya.

Selain Kerana Terluka, dua lagi lagu baru yang sudah dalam koleksi penyanyi hitam manis ini adalah Andai Ku Kenali Ku ciptaan Eena Houzyama dan Duniaku (Julfekar).

Nurul menyifatkan bekerjasama dengan dua nama berkenaan membawa pengalaman yang berbeza.

Walaupun Eena boleh dianggap komposer baru namun isteri kepada pe�nyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman itu mempunyai idea cukup unik. Manakala, Julfekar pula menghasilkan sebuah lagu ‘ketuhanan’ yang cukup indah.

Beralih pada rahsia kejayaan yang mampu membuat�wkannya bertahan selama 15 tahun, ibu kepada Ayu Nazirah, 12, ini percaya pada keikhlasan, kejujuran, kerja keras dan sentiasa mengikuti perkembangan adalah perkara yang harus dititik beratkan.

“Selain semua itu, Nurul juga percaya berdamping dengan peminat mampu membuatkan seorang artis bertahan lama.

“Laman sosial seperti facebook banyak membantu Nurul berhubung dengan peminat sama ada mereka yang ‘die hard fan’ mahupun yang baru.

“Misalnya baru-baru ini 20 peminat Nurul diajak menonton filem Magika di Pavilion. Sebenarnya aktiviti seperti ini adalah yang ketiga Nurul anjurkan.

“Kali pertama hanya membabitkan enam orang dan mereka ini memang peminat Nurul sejak dulu manakala yang kedua meningkat kepada 10 orang,” katanya yang bakal muncul dengan filem Tolong Awek Aku Pontianak.


PROFIL
NAMA: Noorul Huda Abdul Wahab
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977
USIA: 31 tahun
ASAL: Tasek Gelugor, Seberang Prai, Pulau Pinang
STATUS: Ibu tunggal
HOBI: Membaca, melancong dan menunggang kuda
ALBUM SOLO: Nurul (1995), Ikhlasnya Cinta Ku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita Dan Cinta (2000) dan Tika Cinta (2009)
FILEM: Sate dan Tolong Awek Aku Pontianak
PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik AIM 1997, Lagu Paling Popular Pujaan 10 Nescafe 1995 (Kerana Terluka) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: