Saturday, October 16, 2010

Kembangkan industri halal negara


MOHAMAD (kiri) berucap pada majlis perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal di Seremban semalam.


SEREMBAN – Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) menjadi platform bagi melonjakkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penggunaan produk halal sekali gus mengembangkan industri halal Malaysia ke peringkat global.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kempen berkenaan juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pengusaha produk halal memperkenalkan barangan halal bukan sahaja berkaitan makanan bahkan produk kecantikan dan kosmetik.

Ujar beliau, industri halal sedang berkembang pesat dan ia jelas terbukti apabila pada tahun 2004, eksport barangan makanan diproses ke Negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam bernilai RM1.62 bilion dan ia meningkat kepada RM3.94 bilion pada tahun 2008.

“Eksport produk halal seperti ubat, kosmetik dan hiasan diri telah meningkat daripada RM409.7 juta pada tahun 2005 kepada RM839.4 juta pada tahun lalu sekali gus menunjukkan perkembangan pesat sektor industri halal,” katanya ketika merasmikan Kempen 1M1H di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: