SEBANYAK 18 kru tarian jalanan Battleground telah terpilih menerusi sesi uji bakat yang diadakan pada 28 Ogos lalu.
Uji bakat yang berlangsung di Pintu Masuk Utama Berjaya Times Square itu turut disertai dua kru bekas peserta Showdown 2010 iaitu Floor Fever dan HMC Phlow.
Rancangan yang akan memulakan musim ketiganya di saluran 311 Astro Wah Lai Toi bermula 23 Oktober ini setiap Ahad pukul 7 malam.
Menurut penerbitnya, Sam Lee, apa yang membezakan Battleground 2010 dengan program realiti tarian jalanan yang lain ialah tidak mempunyai undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Katanya, Battleground peringkat akhir pada 18 Disember nanti akan disiarkan dalam bentuk definisi tinggi (HD).
"Kami yakin dengan mengekalkan konsep sebelum ini dan penambahbaikan untuk Battleground 2010 akan menarik perhatian penonton seperti sebelum ini.
"Pada tahun lalu rancangan ini telah mendapat rating penonton sebanyak 300,000 untuk satu program," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru baru ini.
Tambahnya, juara pada pertandingan Battleground 2010 berpeluamg untuk menyertai pertandingan tarian jalanan peringkat antarabangsa serperti juara musim lalu, Katoon Network yang telah menyertai Taiwan Metro Street Dance Competetion 2010.
"Musim ini juga bakal menyaksikan pengasas tarian Free Style Hip Hop, Loose Joint akan mengisi kerusi juri bersama pengasas Face da Phalve Entertainment, Aga atau Swiftlocker dari Taiwan dan jurulatih tarian terkenal Peter Ong.
"Pada kali ini juga tugas pengacaraan akan diambil oleh pengacara My FM dan Mix FM, Gan Mei Yan dan Serena C," jelasnya.
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Battleground menerusi www.facebook.com/astrobattleground.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: