![]() |
| KANYE WEST |
LOS ANGELES - Penyanyi rap yang dikenali dengan gaya hidup mewahnya, Kanye West menambah satu lagi aksesori dalam kehidupannya sebagai bintang rock iaitu deretan gigi berlian, lapor sebuah akbar semalam.
Penyanyi tersebut menunjukkan gigi itu dalam rancangan bual bicara bersama hos Ellen DeGeneres kelmarin.
"Saya menganggap berlian menjadikan gigi kelihatan lebih menarik," kata Kanye yang mempopularkan lagu Stronger.
Kanye memberitahu, dia telah meminta doktor mencabut deretan gigi di bahagian bawah dan menggantikannya dengan berlian.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: