Monday, October 4, 2010

Helikopter PBB terhempas


ASKAR-ASKAR Pakistan menaiki sebuah bot getah menghampiri sebuah helikopter Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terhempas di kampung Lakha, selatan negara itu kelmarin.


ISLAMABAD – Sebuah helikopter Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhempas ke dalam air bah di selatan Pakistan semasa menghantar bekalan makanan untuk mangsa-mangsa banjir, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak tiga daripada 13 orang yang menaiki helikopter itu mengalami kecederaan kecil.

Helikopter yang membawa biskut daripada Program Makanan Sedunia (WPF) itu terhempas selepas ia cuba mendarat di sebuah kawasan di Dadu, wilayah Sindh kelmarin.

Askar-askar dari tentera Pakistan menyelamatkan krew dan penumpang helikopter itu yang terhempas di kampung Lakha.

Jurucakap WPF, Amjad Jamal berkata, antara yang menaiki helikopter itu ialah warga Pakistan dan asing.

Mangsa-mangsa yang cedera dihantar ke bandar Karachi dengan sebuah helikopter penyelamat.

Pihak PBB telah meningkatkan program penghantaran makanan di Pakistan ekoran banjir yang melanda Pakistan sehingga mengakibatkan 1.8 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: