JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam mengingatkan badan kehakiman dan mahkamah supaya berhati-hati dalam mengadili kes-kes sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat termasuk melibatkan kuasa raja.
Baginda bertitah, kes sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana dikhuatiri boleh mendatangkan rasa tidak puas hati kepada sesuatu pihak.
"Kes-kes mahkamah yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana jika mahkamah mendengar kes tersebut dan membuat keputusan, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati. Adalah lebih baik jangan dilayan kes-kes sensitif terutama melibatkan kuasa raja-raja," titah baginda pada perasmian seminar Perlembagaan Malaysia peringkat negeri Johor di sini.
Baginda bertitah, sebarang bentuk perbahasan dan pertelingkahan mengenai isu sensitif juga hendaklah dielakkan oleh semua pihak.
Ini, titah baginda lagi, hanya akan menambahkan jurang perselisihan terutama antara agama dan kaum.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: