Monday, October 4, 2010

Gimik iPhone 4 menjadi


ORANG ramai menunggu dengan setia untuk melihat dengan lebih jelas iPhone 4 pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini. – AP


KUALA LUMPUR – Penantian rakyat Malaysia untuk memiliki telefon pintar iPhone 4 keluaran Apple Inc. (Apple) telah menjadi kenyataan apabila ia mula ditawarkan secara rasmi di pasaran bermula 24 September lalu.

Pelbagai gimik telah dilakukan syarikat telekomunikasi utama untuk menjadi pendahulu dalam memperkenalkan produk terbaru itu.

Seperti biasa, Maxis mengekalkan tradisinya dengan mengadakan majlis pelancaran dan penjualan iPhone seawal pukul 12 tengah malam di sebuah hotel terkemuka di sini pada tarikh berkenaan.

Pada majlis tersebut, lebih 3,000 orang daripada pelbagai lapisan umur setia menunggu hampir tiga jam untuk memasuki ruang pameran di hotel berkenaan bagi melihat dengan lebih dekat gajet terbaru itu termasuk menempahnya sekali.

Disebabkan kesesakan yang amat teruk di ruang legar berkenaan, wartawan yang perlu membuat liputan untuk majlis berkenaan tidak dapat memasuki ruang khas yang ditempatkan untuk kumpulan berkenaan, hanya sekadar menyaksikan majlis yang penuh gilang-gemilang itu daripada jauh sahaja.

Pada masa itu, sebanyak 60 pelanggan pertama telah berjaya menerima telefon masing-masing yang telah ditempah dalam talian sebelum ini dan ia ditawarkan pada harga di antara RM490 sehingga RM1,990 mengikut dua jenis model telefon beserta pakej yang diperkenalkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: