Sunday, October 10, 2010

Gandingan emas

SUASANA suram berubah ceria apabila pasangan penembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi dan Nur Ayuni Halim dinobat juara acara 10m air rifle berpasangan di Lapang Sasar Dr K Singh, semalam.

PUAS...Suryani (kiri) dan Ayuni bergembira bersama rakan sepasukan, semalam.
PUAS...Suryani (kiri) dan Ayuni bergembira bersama rakan sepasukan, semalam.


Pasangan negara mengaku terkejut apabila dimaklumkan jurulatih berjaya memenangi emas.

“Sebaik sahaja acara selesai, kami terus ke bilik persalinan, menyangka kempunan pingat emas. Namun, sebaik sahaja keluar, jurulatih menerpa kepada kami memaklumkan berita gembira itu,” kata Nur Ayuni, 20.


Pandangan itu mungkin berpunca selepas dia mencatat 97 mata pada siri bidikan terakhir. Bagaimanapun, tanpa disedarinya Cheng hanya berjaya mencatatkan 95 mata pada siri terakhirnya sekali gus menghadiahkan pingat emas kepada pasangan negara.

Nur Ayuni bermula cemerlang dengan mencatat 100 mata pada dua siri bidikan awal tapi sedikit tersasar pada bidikan ketiga dengan hanya 98 mata dan yang terakhir 97 mata.

Nur Suryani, 28, pula lebih konsisten apabila mencatatkan 99, 100, 99 dan 100 mata untuk menjadi antara pilihan memenangi emas dalam acara 10m air rifle individu hari ini.

“Kami hanya mensasarkan satu pingat tapi tidak menjangkakan mampu memenangi pingat emas. Empat tahun lalu, saya menang dua pingat gangsa dan kini berjaya pula membawa pulang pingat perak.

“Doa ayah saya dimakbulkan jua akhirnya,” katanya.

Meskipun kini menjadi pilihan menggondol pingat emas dalam acara individu 10m air rifle individu pagi ini, Nur Suryani enggan mendabik dada.

“Saya hanya ingin sumbang satu lagi pingat untuk negara. Saya tidak pasti warnanya tapi berjanji akan mempamerkan persembahan terbaik,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: