Thursday, October 7, 2010

Dr. Rozmey "Balas Dendam" Mahu Wartawan Rasa "Pedih"

Dr. Rozmey kecewa dengan pihak media yang dikatakan tidak menyokongnya.

PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Rozmey Che Din dilihat mahu membalas dendam kepada pihak media apabila enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.

Perkara itu disebabkan rasa tidak puas hati beliau dengan pihak media selama ini yang disifatkan tidak menyebelahinya ketika melaporkan sesebuah berita.

Malah beliau juga dilihat kecewa apabila seri9ng dikritik mengenai filem 2 Alam.

Dr. Rozmey dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, biarlah pihak media berasa pedih apabila tidak memperoleh berita sensasi daripadanya.

Katanya ini kerana berita yang ditulis wartawan belum tentu berpihak kepadanya.

"Biar depa (mereka) rasa pedihnya tak dapat berita sensasi daripada doktor. Belum pasti berita yang mereka tulis memihak (kepada) kita. Cukup sebuah akhbar sahaja yang bermaharajalela," katanya dalam SMS tersebut.

mStar Online petang Rabu telah menghubungi beliau beberapa kali untuk bertanyakan mengenai filem 2 Alam yang akan ditayangkan pada 18 November akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya mengirimkan SMS tersebut.

2 comments:

  1. Doktor....saya nasihatkan doktor membuat pelaburang dalam bidang kepakaran doktor sahaja kerana ia telah terbukti memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.Bidang perfileman ini saya rasa kurang sesuai untuk seorang pakar seperti doktor.

    ReplyDelete
  2. Tak salah cuba. Takkan nak biar apek sorang tu dengan pengeluaran filem2 lawak bodoh melayu je buat filem Melayu. Dah tengok trailer filem beliau. Kelihatan agak bagus . Stail shoot filem, stail kamera, warna filem dan skor muzik lari dari filem tipikal Malaysia. Mungkin satu perkembangan setelah Arwah Yasmin Ahmad tinggalkan kita, pengarah kreatif seperti Amir Muhammad pula tidak dihargai. Cuma tak tonton lagi sepenuhnya, xtau apa hasilnya.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: