PENGACARA Cut Tari yang terbabit dalam kes video lucah vokalis kumpulan Peterpan mengaku tertekan apabila mengetahui kes siasatan video lucah tresebut sudah siap dan sedia untuk dibicarakan di mahkamah.
Dia yang baru sahaja pulang dari sebuah hospital di Jakarta kerana masalah kesihatan memberitahu sudah sihat dan bersedia untuk menghadapi perbicaraan tersebut.
"Dia sudah pulang ke rumah selapas hampir seminggu terlantar di hospital, dia kelihatan sangat tertekan dengan masalah itu, namun menurut suaminya yang sentiasa menemani Cut, mereka sudah siap untuk ke perbicaraan mahkamah jika dipanggil." ujar peguam mewakili Cut, Hotman.
Bagaimanapun, menurut Hotman, kesihatan Cut masih belum membenarkan dia untuk melakukan aktiviti dan tugasnya seperti biasa.
"Dia memang sudah dibenarkan keluar, tetapi masih belum boleh bekerja seperti biasa," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: