![]() |
| |
LONDON - Seorang calon pilihan yang dijangka mampu menjuarai program nyanyian popular televisyen, X Factor, Gamu Nhengu (gambar) dari Zimbabwe bakal diusir keluar dari Britain, kata Pejabat Dalam Negeri Britain di sini semalam.
Dia terkeluar daripada rancangan itu selepas dikritik oleh juri Cheryl Cole sebagai tidak sesuai untuk tinggal di Britain.
Tindakan Cheryl yang juga penyanyi Girls Aloud itu menyebabkan timbulnya kempen simpati terhadap Nhengu menerusi laman Facebook yang kini disertai lebih 200,000 penyokong.
Penyingkiran Nhengu, 18, turut menjadi berita muka depan kebanyakan akhbar selepas pegawai imigresen mengesahkan untuk menolak permohonan keluarga remaja perempuan itu yang kini menetap di Scotland untuk tinggal di Britain.
Menurut kenyataan Pejabat Dalam Negeri Britain, mana-mana individu yang didapati tidak memiliki hak untuk berada di Britain perlu meninggalkan negara tersebut secara sukarela.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: