Tuesday, October 26, 2010

Bank Islam perkenal kad debit

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dijangka akan melancarkan kad debit pertamanya menjelang akhir tahun ini. Menurut Pengurus Besar Bahagian Perbankan Pengguna Bank Islam, Khairul Kamarudin, langkah itu adalah usaha pihaknya untuk terus memperkenalkan lebih banyak produk yang menarik dan relevan dengan keperluan pelanggan masa kini.

“Pada masa ini kesemua pemegang akaun Bank Islam diberikan kad mesin teler automatik (ATM) bagi pengeluaran wang tunai mereka tetapi tidak boleh digunakan secara terus untuk transaksi pembelian barangan.

Melalui pengenalan kad debit ini, para pelanggan boleh mengubah kad ATM mereka kepada kad baru itu dan ini seterusnya menyediakan kemudahan kepada mereka,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kempen ‘Sahutan ke Tanah Suci’ di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: