Wednesday, October 13, 2010

20 rumah, kedai rosak dipukul ribut


ZAINUDDIN (kanan) bersama penduduk kampung bergotong-royong membersihkan pokok yang meranapkan sebuah kedai dalam kejadian angin kencang di Kampung Tengah Tualang, Pokok Sena semalam.


POKOK SENA – Sebanyak 20 buah rumah dan kedai makan di tiga kampung di sini rosak teruk akibat dipukul ribut petang kelmarin. Insiden kali pertama itu melibatkan Kampung Tengah Tualang, Kampung Permatang Limau dan Kampung Gulau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Seorang peniaga kedai makan, Zainuddin Ali, 45, memberitahu, dia terdengar bunyi angin dan ranting pokok keranji jatuh menimpa atap zink kedainya ketika mengoreng mi di dapur.

Namun katanya, dia berasa tidak sedap hati lalu bergegas keluar meninggalkan kedainya bersama 13 pelanggan bagi mengelak perkara buruk.

“Beberapa ketika selepas itu, sebatang pokok keranji berusia 300 tahun tumbang menimpa dapur kedainya. Mujur saya dan pelanggan sempat lari keluar dari kedai,” ceritanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: