Sidang tenaga pengajar musim baru Akademi Fantasia 7 sudah diumumkan, tapi nama pengetuanya pula yang masih jadi tanda tanya.
Siapa yang akan menjadi Pengetua Akademi Fantasia 7? Memang tugas menggalas jawatan pengetua selama tiga bulan itu bukanlah satu tugas yang mudah.
Lebih-lebih lagi lantaran AF6 yang banyak sungguh dapat kritikan daripada peminat dan pemerhati.
Pengacaranya masih kekal sebagaimana tahun lalu iaitu AC Mizal sebagai pengacara konsert dan Sarimah Ibrahim pengacara Diari AF.
Tiga barisan tenaga pengajar lama yang sinonim dengan AF iaitu Siti Hajar Ismail, Shafizawati Sharif dan Fatimah Abu Bakar pegang portfolio sama.
Tiga nama baru turut diumumkan iaitu Hashridz Murshim Hassim (Acis) sebagai Pengarah Muzik, Ida Nerina (Guru Seni Persembahan dan Lakonan) dan A. Aris A. Kadir sebagai Guru Koreografi.
Apabila nama Acis diumumkan sebagai pengarah muzik, semakin besar desas-desus nama isterinya, Datuk Sheila Majid sebagai pengetua baru.
"Saya tak boleh beri jawapan pasal perkara itu," kata Acis apabila dikatakan dia menerima tawaran Astro sebagai Pengarah Muzik kerana Sheila bakal jadi Pengetuanya.
Sebaliknya Acis menerima tawaran itu sebagai satu tanggungjawab dan mencurahkan ilmu yang dia miliki kepada bakal
pelajar AF7.
Nama Sheila disebut apabila Acis diumumkan sebagai salah satu tenaga penting dalam barisan tenaga pengajar.
Biasanya Pengetualah yang menentukan barisan tenaga pengajar kerana sebagai pengetua semestinya seseorang ada cara yang tersendiri dan orang-orang yang mudah bekerja di bawahnya.
Sebelum ini M. Nasir yang dilantik sebagai Pengetua AF3 membawa bersama Marlia Musa sebagai guru lakonan. Marlia memang seorang guru lakonan pun di luar akademi.
Tunggu persetujuan bayaran?
Sementara itu Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan berkata pihaknya belum lagi memutuskan siapa yang bakal jadi Pengetua.
"Baisanya kita lantik Pengetua dan berbincang bersama-sama membentuk barisan tenaga pengajar, tapi kali ini kita bentuk barisan pengajar dan mencari pengetua, itulah satu kelainan yang kita buat kali ini.
"Sekarang kita ada beberapa nama yang sedang diteliti daripada pelbagai aspek. Kita mahukan Pengetua yang memberikan sepenuh tumpuan sebelum, semasa dan selepas AF7 berakhir.
"Kita sedang meneliti jadual mereka. yalah kalau kita mahukan seorang yang bernama besar semestinya
banyaklah komitmen mereka.
"Kalaulah bakal Pengetua itu seorang penyanyi popular, tentu dia memiliki komitmen lain yang telah diatur.
"Mereka perlu menolak banyak benda lain untuk memberikan tumpuan kepada AF. Soal harga juga semestinya menjadi salah satu perkara yang dipertimbangkan.
"Kalau kita mahukan yang bernama besar bayarannya juga tentulah besar.
"Kita sebenarnya mahukan seorang Pengetua yang melakukan tugas ini semata-mata kerana wang sahaja, sebaliknya mahu menyumbangkan sesuatu kepada Akademi Fantasia," jelas Khairul.
Khairul menjelaskan pihaknya menyenaraikan banyak nama. Semasa mahu menamanakan mereka sebagai Pengetua, tuan punya badan sudah dimaklumkan terlebih dahulu.
"Kita nak approach orang yang bernama besar dan dalam masa yang sama kita mahu semuanya menjadi rahsia, jadi cara kami approach juga ada cararanya," ujar Khairul lagi.
Semua pelajar bakal juara
Khairul juga mengakui pemilihan pelajar kali ini juga lebih teliti dan tanda aras mereka ialah `Adakah pelajar ini boleh jadi juara?'.
Setiap peserta dinilai dan dilihat kemampuan mereka untuk bergelar juara. Sekiranya mereka memiliki ciri-ciri seorang juara, nama mereka akan disenaraikan.
Kini pihak produksi sudah menyenaraipendekkan 100 nama daripada 8,000 peserta yang datang uji bakat.
AF7 akan bermula 7 Mac 2009 pukul 9.00 malam dengan Tirai Akademi Fantasia 7. Diari akan bermula 9 Mac 2009 manakala konsert pertama pada 14 Mac 2009.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: