
BINTANG remaja Miley Cyrus mendapat penghormatan yang julung-julung kali pernah diberi kepada bintang remaja seangkatan dengannya.
Cyrus telah dijemput untuk membuat pengambaran bagi filem terbarunya, "Hannah Montana: The Movie" di White House.
Cyrus, 16 tahun, begitu teruja sekali ketika mendengar berita ini. Yang paling menggembirakan Cyrus ialah pengambaran itu khas untuk anak-anak Obama, Sasha dan Malia Obama.
Bintang Hannah Montana itu berkata anak-anak perempuan Obama telah membuat permintaan itu ketika konsert Kids' Inaugural pada 19 Januari di mana Cyrus mengambil bahagian.
"Mereka mahu saya datang dan tunjukkan filem baru saya. Saya benar-benar gembira," kata si manis Cyrus.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: