Thursday, February 12, 2009

Lagi Kisah Fasha Sandha vs Nora Danish

image image

KUALA LUMPUR: Kalau dia terasa lebih gembira dan tidak tertekan dengan gosip itu, saya bersyukur, kata pelakon popular, Fasha Sandha membalas kenyataan Nora Danish, semalam. Nora Danish dilaporkan berkata dia tidak terasa apa-apa berhubung gosip Fasha menjalinkan hubungan dengan bekas suami pelakon sitkom Puteri itu.

Menurut Fasha,kenyataannya menerusi Harian Metro, Selasa lalu, menggambarkan harapannya supaya spekulasi mengaitkan dirinya dengan bekas suami Nora,Rizal Ashram Ramli dihentikan hingga dia bersedia berkongsi siapajejaka di hatinya.

Tujuan saya meminta gosip itu dihentikan kerana khuatir dia tertekan, tapi saya kecewa apabila Nora menyangkal dan bengang dengan kenyataan saya dengan menyatakan dia tidak tertekan. Dia tidak perlu berbohong mengenai perasaannya kerana saya ada beberapa bukti termasuk SMS yang dihantar kepada saya menunjukkan sebaliknya,katanya.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 24, mendakwa SMS itu menunjukkan perasaan Nora terhadapnya. Saya tidak akan mendedahkan kandungan SMS itu dan berharap isutertekan terbabit dihentikan segera. Jika dia hendak memanjangkannya,saya akan melampirkan kandungan SMS berkenaan sebagai bukti, katanya. Menurutnya, apa yang dimintanya sekarang adalah supaya isu itu tidak berpanjangan.

Saya juga berdoa supaya Nora dan bayinya sihat, katanya. Harian Metro semalam melaporkan Nora atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 26, berkata Fasha tidak sepatut mengaitkan dia dengan gosip itu. Menurutnya, dia langsung tidak tertekan, malah lebih gembira daripada dulu.

3 comments:

  1. alar...naik nyampah aku ngan fasha sandot nie...asyk nak kejar laki org jerk... sedar2 la..hidup ibarat roda, kna btg hidung baru terduduk t....x bley blah la mo ni fasha... gedikssss...x sesuai!

    ReplyDelete
  2. ak x taw are c fasha sundal ni nk hape lg??xtaw mlu ke ngn prngai cm 2..ingt elok sngt..bwt prngai mk n bpk mati kering tngong mlu...dh xbpe lku jgn plk cr publsti murhn...lg 1 c fasha sundal ni,nk lpskn tngkok sndri...ske nobatkn nme owg...xsdr diri.

    ReplyDelete
  3. Biarlah Farsha nie....latar belakang pun sundal....memang patut one day kena siplis ...baru tau...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: