Wednesday, February 4, 2009

Kesukaran jadi wartawan

PROGRAM Remaja kini semakin menarik dengan format baru.

WALAUPUN tidak memiliki kelulusan dalam bidang penyiaran, namun ia tidak menghalang tiga anak muda penuh cita-cita ini untuk melibatkan diri dalam skop kerja yang sifatnya penuh pancaroba.

Demi minat mendalam, E'One, Azura dan Deq Wan sanggup menjalani kesulitan bergelar wartawan yang harus mencari bermacam-macam cerita menarik dan eksklusif untuk tontonan khalayak.

Disua peluang keemasan mengendalikan program Remaja terbitan TV3 pada awal tahun ini, E'One, Azura dan Deq Wan mengakui begitu teruja dengan status baru sebagai seorang wartawan.

Sambil menceritakan kesukarannya berdepan dengan beberapa tugasan, E'One atau nama sebenarnya Mohd. Syazwan Roslan kini merasai cabaran bergelar seorang wartawan.

"Saya merupakan lulusan bidang Teknologi Maklumat Perisian Kejuruteraan. Memanglah kalau hendak diikutkan, saya tiada sebarang asas dalam jurusan kewartawanan.

"Setelah beberapa minggu mengendalikan program Remaja, saya mula seronok apatah lagi dapat turun padang ke lokasi dan merasai pengalaman melakukan tugasan yang diarahkan.

"Penting untuk kami melakukan semua tugas sebagai wartawan bagi menceritakan pengalaman yang dilalui kepada penonton," jelasnya pada sidang media majlis memperkenalkan pengacara dan beberapa segmen baru dalam program Remaja di Lepaq Cafe di ibu negara baru-baru ini.

Lulusan Universiti Multimedia itu memberitahu, setelah berkhidmat dalam beberapa produksi termasuk GangStarz dan Anugerah Juara Lagu (AJL), minatnya untuk bekerja sebagai wartawan penyiaran mula bercambah.

"Pihak TV3 memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan Remaja, apatah lagi saya telah mempunyai pengalaman mengacara sebelum ini.

"Walaupun berdebar serta masih belajar banyak perkara, namun saya harus lakukan yang terbaik tatkala bersiaran," kata pemuda yang lahir pada 17 Jun 1984 itu.

Azura, 24, pula memberitahu, program Remaja bukan sahaja mencari pengacara yang tahu bercakap di depan kamera, sebaliknya memainkan peranan sebagai wartawan penyiaran yang boleh bekerja di bawah tekanan.

"Kami kena melaksanakan semua kerja, daripada mencari bahan, suntingan, suara latar sehingga hasil terakhir yang diselitkan ke dalam program ini.

"Barulah impaknya nanti dapat menarik perhatian sekali gus memberikan gambaran sebenar sewaktu menyampaikan sesuatu bahan kepada audiens.

"Komitmen menjadi satu perkara yang dituntut dalam program ini kerana tugas sebagai pengacara dan juga wartawan menuntut kesungguhan kami," jelas gadis kelahiran Johor Bahru itu yang cukup mengagumi kerjaya sebagai wartawan penyiaran.

E'ONE dan Azura semakin jatuh hati dengan kerjaya sebagai wartawan penyiaran.

Deq Wan atau nama lengkapnya Tengku Naharuddin Izwan Tengku Nasaruddin, 24, berkata, dia bersyukur dapat digandingkan dengan dua pengacara lain yang serasi dengan dirinya.

"Setakat ini kami tidak menghadapi sebarang masalah. Saya lihat komunikasi dua hala amat diperlukan dalam soal ini selain memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.

"Ada waktunya kami bertukar-tukar peranan sebagai pengacara, jurukamera dan penyunting.

"Saya percaya dengan gabungan tiga orang pengacara yang bertindak sebagai wartawan penyiaran dalam Remaja, kami mampu mengemudikan program ini dengan baik.

"Azura, misalnya, sebelum menjadi pengacara dia memang bertugas sebagai wartawan penyiaran untuk program ini.

"Justeru, dia sudah terbiasa. Kalau kami tidak mengetahui tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan aspek kewartawanan, Azura akan membantu kami dengan rela hati.

"Inilah kelainan program Remaja musim terkini yang turut memperkenalkan segmen terbaru, Open-Mic dan Hot, Happening Stylo, selain mengekalkan segmen sedia ada iaitu Gadgets, Career@Remaja, Refleksi dan Buletin.

Aliff, Juliana tidak disingkirkan

Dalam pada itu, desas-desus dua hos program Remaja, Juliana Evans dan Aliff OIAM disingkirkan daripada mengacara rancangan itu atas masalah disiplin disangkal oleh pihak produksi.

Penerbit eksekutif program itu, Azura Abdul Karim dan juga penerbitnya, Ahmad Shaifullizam Arshad mengetepikan dakwaan kedua-dua bekas pengacara Remaja itu.

KUMPULAN Bunkface sempat membuat persembahan dengan menyampaikan lagu popular mereka, Situasi.

Azura dalam nada tenang memberitahu, kontrak mereka dengan Remaja sudah berakhir. Mereka bukannya disingkirkan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

"Ingin saya jelaskan di sini bahawa Aliff dan Juliana bukannya dibuang daripada program ini, sebaliknya setiap yang berlaku merupakan prosedur biasa.

"Tidak selamanya seseorang pengacara kekal mengacarakan program lebih-lebih lagi apabila program itu menjadikan golongan remaja sebagai tarikan penonton.

"Golongan remaja tidak dinafikan cepat bosan dengan sesuatu perkara. Kalau kita menyajikan sesuatu yang sama, secara tidak langsung kita akan menghilangkan selera mereka untuk terus kekal menonton program ini.

"Apa yang kita buat ini pun berdasarkan kaji selidik kita," jelas Azura.

Berhubung kenyataan kedua-dua bekas pengacara itu yang mendakwa pihak Remaja tidak profesional disebabkan memaklumkan pemberhentian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), Azura turut memberikan reaksi.

"Itu juga tidak benar," jawabnya ringkas, sambil tertawa sendirian mengulas gosip yang sedang melayang bebas itu.

Tambah Azura, sebulan sebelum kontrak Juliana dan Aliff tamat pada 31 Disember 2008 lepas, dia sudah pun memaklumkan kepada mereka menerusi pengurus masing-masing.

"Aliff diberitahu menerusi pengurusnya manakala Juliana pula dijelaskan melalui ibunya sendiri.

"Mereka akur dengan perkara ini, bahkan kami juga tidak menerima sebarang rungutan daripada mana-mana pihak.

"Justeru, apabila timbul dalam media mengatakan pihak produksi menyingkirkan mereka melalui SMS, kami berasa sangat hairan.

"Pada kami, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana ia hanya membabitkan masalah tidak dilanjutkan kontrak.

"Itu saja. Tiada sebarang kaitan mereka diberhentikan kerana masalah disiplin," tambahnya lagi.

Ahmad Shaifullizam pula berkata, isu berkaitan kontrak bukan sahaja membabitkan Juliana dan Aliff.

E'One, Azura dan Deq Wan turut tidak dijamin kekal mengacara program Remaja buat selama-lamanya.

Tiada istilah bekas pengacara sebelum ini tidak dilanjutkan kontrak mereka kerana tidak menunjukkan komitmen yang diinginkan pihak produksi

"Kami tidak bersetuju andai mereka dikatakan tidak memperlihatkan kesungguhan mengendalikan program ini. Setakat ini, kedua-dua pengacara berkenaan begitu komited menjalankan tanggungjawab mereka.

"Aliff dan Juliana sanggup turun ke lokasi jika dikehendaki tanpa sebarang rungutan.

"Begitu juga dengan corak persembahan mereka sewaktu mengendalikan program Remaja sebelum ini. Kami memang berpuas hati dengan semangat yang mereka pamerkan.

"Kami masih memerlukan idea atau pandangan daripada Juliana dan Aliff walaupun mereka tidak lagi mengacarakan Remaja," kata Ahmad Shaifullizam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: