MESKIPUN berpacaran dengan aktres seksi berbadan montok Bipasha Basu, namun aktor John Abraham tidak memilih Bipasha sebagai aktres paling seksi di India.
Ini telah membuat Bipasha (Bips) sedih kerana fikirnya tentu saja dia yang akan menjadi pilihan John. Rupa-rupanya, John ada pilihan sendiri iaitu si tinggi lampai Priyanka Gandhi Vadra, anak kepada President Parti Kongres Sonia Gandhi.
Priyanka, walau bagaimanapun sudahpun mendirikan rumahtangganya dengan Robert Vadra.
John, yang pernah dipilih sebagai lelaki paling seksi di dunia bukan saja memeranjatkan Bipasha dengan pilihannya itu. Malah ramai yang terkedu dengan luahan hatinya kepada majalah lelaki, GQ itu.
Bukan setakat memuji kecantikan Priyanka Vadra, John juga turut mengagumi kepintaran yang dimilikki oleh wanita muda itu.
"Saya benar-benar sayangkan dia sampai mati. Saya betul-betul kagum dengan gayanya yang sofistikated dan saya rasa dia akan menjadi kuasa yang besar pada masa akan datang," jelas John tanpa berselindung.
Tidak dapat dipastikan reaksi Bips mendengar pujian melambung John untuk wanita pujaannya itu. Yang pasti, Priyanka berjaya menarik minat John walaupun dia sudah berkahwin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: