KUALA LUMPUR: “Sebenarnya saya dah lali dengan tohmahan orang,” kata pelakon popular, Fasha Sandha berhubung tuduhan liar pihak tertentu kononnya dia perampas suami orang dan punca keretakan rumah tangga pelakon Nora Danish dengan Rizal Ashram Ramli.
Dia berharap penyebaran dakwaan palsu itu dihentikan kerana bukan saja memberi tekanan kepadanya, malah pelakon berkenaan.
“Jangan kaitkan saya dengan bekas suami pelakon itu kerana ia memberi tekanan kepada saya dan Nora,” katanya yang dihubungi semalam.
Sebelum ini, pelbagai gosip diperkatakan sebilangan peminat termasuk mengaitkan pelakon jelita itu sebagai orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Nora dengan Rizal.
Terbaru, Fasha didakwa pergi bercuti ke Pattaya, Thailand bersama Rizal, baru-baru ini.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 24, mengakui bercuti di Pattaya tetapi hanya bersama pengurusnya, Nik Yasmin Nik Abdul Rahman.
“Apa yang saya minta tolong hormati hak peribadi saya. Saya pergi bersama pengurus saya 29 Januari lalu dan pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Februari.
“Saya tidak mahu komen panjang, tolong beri ruang dan sedikit masa kepada saya. Bila sudah bersedia saya akan berkongsi kepada semua siapa jejaka di hati saya,” katanya.
Dia menegaskan hubungannya dengan Rizal hanya sekadar kawan dan gosip yang tersebar itu memberi tekanan kepadanya.
“Bukan itu saja, gosip berkenaan turut memberi tekanan kepada Nora yang baru melahirkan anak. Jadi saya amat berharap spekulasi ini dihentikan,” katanya.
Fasha bagaimanapun bersyukur kerana masih banyak menerima tawaran berlakon daripada pengarah dan penerbit drama serta filem di sebalik pelbagai gosip yang melanda.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang banyak memberi semangat dan sokongan selama ini,” katanya.
Mengenai perkembangan lakonannya, Fasha berkata, dia baru selesai menamatkan penggambaran drama Air Mata Azizah arahan Haris Kadir yang diterbitkan SRS Production untuk RTM.
“Pada Januari lalu, saya juga terbabit dengan penggambaran drama Anak Belaan dan Santau dalam siri Keliwon terbitan Rashbir Media Sdn Bhd yang diarahkan Rashid Sibir untuk siaran TV3.
“Saya juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem April ini dan buat masa ini, skrip filem itu masih dalam proses untuk disiapkan,” katanya.
Semoga Fasha insaf... x baik rampas laki orang... Sakit tu... Anak2 pun akan sakit juga... Kenapa x fikir sebelum bertindak... Cakap camna pun... dah jelas dah.. Fasha rampas laki orang... Buktikan sesuatu melalui perbuatan, bukannya perkataan... Bukan aper... semoga hal camni x menjadi lebih teruk cam virus H1N1 tu... sakit tau kena rampas laki... kesian anak dia... baru lahir jer, bapa dia xder responsible... Xkan engkau nak rasa baru nak insaf? Pandai insaf ker? Nanti anak ko tanya naper adik beradik dia xder sama bapa dia? Engko nak jawab ker sebab "mama dah rampas bapa budak tu sejak baby tu kecil lagi"?
ReplyDelete*"You must learn from the mistakes of others. You can't possibly live long enough to make them all yourself." Quote of Sam Levenson