Sunday, February 15, 2009

Abby Abadi Gila Anak Ikan?

image Nampaknya angin kepanasan Abby Abadi masih belum reda. Kali ini bukan sebab Memey yang merupakan punca penceraian dia dengan Norman Hakim tapi kerana seorang artis bermulut jahat.

Nak tahu ke siapa selebriti mulut jahat yang dimaksudkan itu? Rasanya tak payahlah disebut sebab satu Malaya dah nak muntah dengan perangai dia.

Yalah selebriti mana yang tergamak panggil orang dengan nama binatang, hantu, lembu, kerbau melainkan selebriti mangkuk hayun yang seorang ini sebab dia pun macam hantu juga.

Dia menuduh orang lain dengki dengan dia tetapi dia yang dah nak masuk veteran tu tak pernah fikir yang dia pun sanggup bersengketa dengan rakan artis sendiri.

Al kisahnya ada seseorang mengadu kepada Abby yang dia ada baca satu tulisan di dalam blog.

Blog itu ditulis oleh seorang selebriti yang diberi gelaran mulut jahat atau pun MJ.

Dalam tulisan tu MJ secara terus terang tergamak menuduh Abby gila lelaki muda ataupun dalam dunia hiburan dipanggil “anak ikan”.

Maklumlah Abby pernah buat pengakuan dia berkawan dengan pelakon Zulkifli Ariffin, 23. Sebab itulah MJ sanggup tuduh dia gila anak ikan.

Amboi, berani mati mengata orang macam tu sekali? Dia tu pula gila apa agaknya? Gila bapa ikan ke? Ada sumber memberitahu, si Abby pun naik hantu juga bila dapat tahu MJ tu sanggup buat tuduhan kononnya Abby dan Zul yang balik dari China baru-baru keluar dari airport selepas kena halau.

Niezam pun ada tanya Abby pasal perkara tu dan kata Abby dia memang bengang dan teramat bengang dengan si MJ tu. Kerana geram punya pasal, Abby ada hantar SMS kepada dia dan tanya kenapa nak kaitkan Abby dalam blog itu?

“Abby memang sedihlah bila dia buat cerita yang bukan-bukan macam. Nak tulis apa-apa pun, janganlah main bantai sesuka hati saja,” kata Abby.

Tambah Abby lagi si MJ ada telefon dan hantar SMS sebab nak minta maaf tapi Abby malas nak layan. Yalah... buat apa nak layan sebab orang yang buat benda tu dah memang sewel. Sepatutnya disumbat ke dalam setor hospital Tanjung Rambutan.

NIEZAM: Anak Pak Dollah.

1 comment:

  1. tu laa lumrah hidup berumahtangga
    kalu dapat laki baik
    bini gatal...
    dapat bini baik...
    laki plak buat hal....
    x pernah bersyukur dengan aper yg ada

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: