Tuesday, June 9, 2009

Syabu RM5.1j, 2 lelaki Iran panik


HASSIM (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dibawa dua lelaki Iran yang ditahan di KLIA Sabtu lalu.





NILAI - Dua lelaki Iran panik apabila bagasi dibawa mereka mengeluarkan isyarat diisi barang larangan semasa melalui mesin pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dekat sini Sabtu lalu.

Bagasi itu kemudian ditahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi pemeriksaan.

Dalam pemeriksaan itu kastam menemui 20.4 kilogram syabu bernilai RM5.1 juta yang disembunyi dalam satu lapisan rahsia dalam bagasi tersebut.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Md. Hassim Pardi berkata, kedua-dua lelaki itu tiba dengan pesawat dari Dubai ke KLIA pada pukul 4 petang.

"Kedua-dua lelaki itu panik apabila melihat mesin pengimbas memberi isyarat menemui barang larangan dalam bagasi milik mereka," kata beliau di pejabatnya di sini semalam.

Menurut beliau, selepas bagasi tersebut diperiksa, kedua-dua lelaki berumur 20-an dan 30-an itu ditahan.

Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam perkembangan sama, Hassim memberitahu, pada hari tersebut kastam mengesan penghantaran dadah di Pusat Mel Kurier Pos Malaysia KLIA yang dibuat melalui pos dari Seri Kembangan, Selangor ke Miri, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: