Tuesday, June 9, 2009

Soseh Soseh: Pelakon cuma pelaris 'produk'


SS mendapat respons beberapa rakan di bidang lakonan perihal seorang pelakon wanita ini. Pelakon yang dimaksudkan dikategorikan baru dan muda. Kita biasa mendengar untuk menjadi pelakon, seseorang itu perlu mempunyai bakat namun sukar dinafikan, paras rupa turut menjadi aset penting.

Sejak pelakon wanita ini mula beraksi menerusi satu filem, SS perhatikan rezekinya bertambah. Sama ada filem mahupun drama, boleh dikatakan asyik muka dia kerap muncul.

Namun, apa yang tidak sedap didengar, bila rakan SS kata pelakon ini tidaklah sehebat mana. Hanya bermodal wajah cantik. Dia ini dikatakan cuma pelaris pada 'produk' yang dilakonkannya. Bila SS fikirkan kembali lakonannya yang pernah SS tonton, ada benar juga apa yang dikatakan rakan SS.

Buat masa ini, bila SS tanya pada kru produksi yang pernah bekerja dengan pelakon ini, kata mereka pelakon ini masih mampu kawal diri dan tidak menimbulkan masalah besar di lokasi.

Terbaru, SS dengar pelakon ini mendapat tawaran lakon untuk satu filem bertaraf antarabangsa.

SS bukanlah iri hati pada pelakon ini, cuma SS sependapat dengan rakan SS yang bimbang kemunculan pelakon ini secara kerap menerusi filem atau drama membuatkan penonton bosan. Nasihat SS pada pelakon itu, untuk elak peminat bosan kenalah berkerja keras memperbaiki lakonan.

Peluang sudah di depan mata, tunggu diasah lagi supaya kelak tidak dipintas pelakon baru. Hari ini memanglah jadi tumpuan, tetapi jika pengarah sudah jelak, lakonan tidak berubah, umpama dulu kini dan selamanya sama saja, daripada drama atau filem ditempelak lebih baik cari pelakon baru.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: