KUALA LUMPUR - Pengurusan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mula mengambil langkah mencegah penularan wabak selesema babi daripada menular di dalam kampus dengan membuat saringan kesihatan terhadap semua pelajar sesi 2009/2010 bermula hari ini.
Tumpuan mereka bukan sahaja terhadap pelajar baru dan warga asing tetapi juga para pelajar senior yang kembali menyambung pengajian.
Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang berkata, saringan kesihatan itu akan bermula hari ini dengan tumpuan kepada 3,472 pelajar tempatan serta 241 pelajar asing yang mendaftar diri.
Katanya, saringan seterusnya pada 1 dan 2 Julai ini membabitkan 3,000 pelajar pasca ijazah.
"Mereka yang gagal dalam saringan akan dihantar terus ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),'' katanya ketika dihubungi di Johor Bahru semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: