Wednesday, June 10, 2009

Pelancaran Varsiti Kosmo! Futsal 2009 - Tuah, Zizi turun padang


KEHADIRAN Zizi (kiri) dan Tuah bakal memeriahkan lagi majlis pelancaran Varsiti Kosmo! Futsal 2009.


KOSMO! kini kembali ke gelanggang futsal! Kejohanan futsal yang popular di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, Varsiti Kosmo! Futsal pada tahun ini bakal dilancarkan di Real Sports Arena, Klang pada pukul 9.30 pagi menjelang 13 Jun ini.

Majlis yang diadakan sempena sepak mula peringkat saringan bagi pasukan dari politeknik dan kolej komuniti itu meraih tajaan DiGi sebagai penaja utama selain tajaan oleh Vico,Antabax, Brylcream, Sloans, Proviton, Caltex-Supastrikas, Rivive dan Figos.

Merealisasikan fungsinya sebagai radio rasmi kejohanan, Suria FM dengan bangganya menampilkan skuad kembara Suria FM yang membabitkan dua DJ popularnya, Tuah dan Zizi yang bakal berada di tapak acara dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Bersesuaian dengan aktiviti terkini stesen radio yang terkenal dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti yang sedang menganjurkan kempen istimewa, Suria FM Senyum & Menang RM18,000 bersama Tuah dan Zizi yang bermula 1 Jun dan berakhir pada 3 Julai depan, para pengunjung pada majlis pelancaran Varsiti Futsal Kosmo! 2009 berpeluang membabitkan diri dengan kempen tersebut.

"Caranya mudah sahaja. Orang ramai hanya perlu merakamkan gambar secara kreatif bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi di destinasi terpilih menerusi siri jelajah ke seluruh negara termasuk Melaka, Kuantan, Perak dan sekitar Lembah Klang. Lokasi dan masa, boleh didapati di www.suriafm.com.my selain mendengarkan siaran Suria FM," ujar Zizi.

Tambahnya: "Bagi yang terlepas peluang bergambar secara live, anda semua boleh merakamkan gambar kreatif menerusi replika khas krew Breakfast@suria yang diletakkan di cawangan-cawangan Mydin terpilih selain Taiping Sentral, Plaza Angsana Johor Bharu dan Plaza Alam Sentral Shah Alam dan penyertaan dihantarkan menerusi online di www.suriafm.com.my."

Sementara menurut Tuah: "Pemenang utama kategori gambar paling kreatif akan memenangi wang tunai RM10,000. Pemenang kedua bakal membawa pulang RM5,000, manakala hadiah harian berjumlah RM3,000 yang mana pendengar Suria berpeluang memenangi RM100 setiap hari bermula 1 Jun hingga 3 Julai."

Beritahunya lagi: "Bermula 1 Jun ini, satu gambar kreatif terpilih akan dipaparkan di www.suriafm.com.my setiap hari. Satu soalan berkaitan gambar kreatif yang dipaparkan akan disebut oleh Tuah dan Zizi menerusi Segmen Breakfast@suria.

"Bagi mendapatkan jawapan, peserta perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai VIP SURIA FM di www.suriafm.com.my dan seterusnya menghubungi bilik studio di talian 03-40411053 untuk memberikan jawapan kepada Tuan dan Zizi."

Pada minggu terakhir kempen ini iaitu bermula 29 Jun (Isnin), hingga 3 Julai (Khamis), lima gambar kreatif terpilih akan dipaparkan serentak dan proses undian secara dalam talian dibuka kepada pendengar Suria FM.

Setiap hari, satu gambar yang mendapat undian terendah akan di keluarkan. Bagi membolehkan pendengar memenangi RM100, mereka perlu jadi pengundi bertuah dengan slogan terbaik 'Saya mendengar Breakfast@suria kerana...' (tidak lebih 10 perkataan).

Klimaks kempen ini adalah pada 3 Julai, yang mana dua pemilik gambar kreatif yang mendapat undian tertinggi akan dibawa ke studio Suria FM untuk bersama Tuah dan Zizi dan undian pendengar akan menentukan pemenang RM10,000 untuk gambar paling kreatif dan pemenang RM5,000 untuk pemenang di tempat kedua.

Keterangan lanjut tentang kempen Suria FM Senyum dan Menang RM18,000 bersama Tuah & Zizi boleh didapati di www.suriafm.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: