KAHERAH - Sebuah mahkamah di sini mengesahkan hukuman gantung ke atas taikun Mesir, Hisham Talaat Mustafa dan bekas polis, Mohsen al-Sukkari kerana membunuh bintang pop Lebanon, Suzanne Tamim.
Pengesahan tersebut dibuat semalam selepas mendapat persetujuan mufti besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa.
Hakim Al-Mohammedi Qunsua mengesahkan hukuman itu berhubung kematian Suzanne yang dibunuh di sebuah apartmen mewah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Julai tahun lalu.
Mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman mati pada bulan lalu tetapi ia perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir sejajar dengan undang-undang negara itu.
Seorang pegawai kehakiman memberitahu, kedua-dua pesalah itu masih boleh mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.
Hisham, 49, yang merupakan taikun hartanah berpengaruh di Mesir didapati bersalah mengupah Mohsen dengan bayaran AS$2 juta (RM7 juta) untuk membunuh Tamim.
Dia dilapor dibakar api cemburu apabila penyanyi jelita itu berkahwin dengan seorang peninju di London setelah mereka menjalin hubungan sulit selama tiga tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: